BINA JENAMA FESYEN SENDIRI

21 August 2019 Taufeeq Amir

BINA JENAMA FESYEN SENDIRI Ada yang bertanya pada saya, berapa bajet sekiranya nak buat Tudung Jenama Sendiri? ======================================= Bajet untuk hasilkan tudung jenama sendiri berlainan bagi setiap pengeluar jenama tudung bergantung  kepada berapa harga tudung sehelai, jumlah helaian dan sasaran pelanggan. Perkara yang perlu dikenal pasti sebelum terjun ke dalam industri perniagaan tudung adalah seperti berikut:- 1. PELANGGAN ============= Kenal pasti siapa sasaran pelanggan. Kenali mereka secara dekat kerja, gaji, tabiat membeli dan kuasa membeli. Ini akan 2. PRODUK ========= Jenis kain, jahitan , kemasan, rekaan dll . Buat budget untuk semua ini termasuk harga kain, upah jahit dan upah membungkus Masukkan juga bajet untuk pembungkusan seperti plastik, kotak, tagging, label dsb 3. PENETAPAN HARGA =================== Murah bukan sebab utama pelanggan membeli. Oleh kerana itu, perlu faham secara mendalam tentang tabiat pembelian pelanggan. Ada pelanggan yang membeli kerana kualiti, ada yang membeli kerana faktor harga dan kemampuan, ada yang membeli atas faktor jenama dan populariti dan ada yang tidak mengira kualiti asalkan murah. Untuk menghasilkan tudung jenama sendiri pastikan kualiti produk yang bagus kerana ia akan memberi impak kepada kuasa penjenamaan 4. PENGEDARAN ============== Perkara yang sangat penting perlu difikirkan adalah pengedaran. Produk dah ada, macamana pulak nak menjual. Ramai peniaga yang ada produk tetapi tidak terjual kerana tidak memilih tempat pengedaran yang betul. Apakah "Chanel" yang nak digunakan? Nak guna sistem Ejen WAJIB ada ilmu. Atau nak letakkan produk secara 'Consignment' di 'Outlet' yang sedia ada di pasaran, yang pastinya memerlukan modal yang lebih besar. Mesti ada budget di sini, termasuk kos memperkukuhkan jenama untuk meyakinkan pihak pelanggan. Atau nak jual produk secara online melalui website atau 'Online Market Place' yang sedia ada di pasaran. Perlu bijak membuat pilihan di sini. Untuk memasarkan produk secara online, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira seperti gambar yang berkualiti dan teknik grafik yang menarik. Ini akan melibatkan kos dan kemahiran tenaga kerja yang akan akan melibatkan modal keseluruhan. 5. Promosi dan Pengiklanan (A & P) ============================= Lakukan strategi pemasaran yang berdaya menarik keinginan pelanggan untuk membeli dan memperkukuhkan jenama dan meningkatkan keyakinan pelanggan. Pilih  saluran promosi pelanggan yang sesuai dengan segmen pelanggan dan bersesuaian dengan bajet. Perlu tahu dan faham, bukan semua produk sesuai dengan semua saluran pengiklanan. Perlu tahu juga sebab yang jelas apakah tujuan pengiklanan dilakukan. Adakah untuk hebahan maklumat, memperkukuhkan jenama atau memancing jualan? Terdapat pelbagai saluran pengiklanan seperti, media cetak, facebook, instagram, 'Celebrity Review', Penajaan , Pertunjukan Fesyen, Media Elektronik dan sebagainya. Buat penilihan yang memberi impak kepada jualan. Peruntukan bajet yang bersesuaian untuk A & P Untuk menceburkan diri dalam perniagaan Tudung Jenama Sendiri bukan hanya perkara di atas sahaja yang perlu diambil kira. Kos penubuhan perniagaan atau syarikat dan penjenamaan, pendaftaran harta intelek serta modal pusingan juga perlu dimasukkan ke dalam bajet keseluruhan. Setelah lakukan semua ini pasti anda dapat jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan Tudung Jenama Sendiri. Semoga perkongsian saya ini dapat menjadi panduan buat yang ingin memulakan perniagaan FESYEN JENAMA SENDIRI Salam Jihad Fesyen dari saya, Roszie Amir Business Coach Speaker for Branding & Personal Branding Inspirational Speaker Founder of Querenda www.querenda.com Facebook : Roszie Amir Instagram : roszieamir Twitter : RoszieAmir 013-333 5589

  • RM 5.00

Similar Video

Related Content